Rabu, November 07, 2007

G

Gadi Pn sj kereta sorong
Gadik Pn sebati
Ganyah pakai selalu: kain songket tu tak boleh (di)~ / kain songket itu tidak boleh dipakai selalu
Gelehok lubang besar
Geluh; geluh leher Pn sembelih [sebutan: geloh leheyq]
Gelung kumpulan (orang jahat) [sebutan: gelong]
Géncok joget ; 'bergéncok'=menari, berjoget: tarian ~ / tarian joget
Gencuk; menggencuk Pn menumbuk padi dgn memutarkan antan
Gendit Pn tali pinggang (drpd kain, benang dll), kendit, kemendit [sebutan: gendeyt]
Gérék basikal [sebutan: geqhek]
Geruguh Kl sj bubu utk menangkap ikan, ketam dll [sebutan: gqhugoh]
Getak Pn gugur
Gimbul; menggimbul 1. menonjol atau berbonggol pipi kerana makanan 2. gembul, bonggol [sebutan: gimboi, megimboi]
Ginjat My berdiri dgn hujung kaki tanpa menjejakkan tumit: Rahman terpaksa men~kan kakinya untuk mencapai buah itu
Goh bonggol di badan binatang, kelasa
Gon Kl tanah (jalan dll) yg makin meninggi, bonggol
Guar anak bukit [sebutan: guaq]
Gurus gores api, mancis [sebutan: guqhuih]

Tiada ulasan: