Selasa, November 06, 2007

K

Kacat Pr ; 'pinang kacat'=pinang muda (pinang jerkat)
Kalut cepat, teburu-buru, kelam kabut [sebutan: kalot]
Kawai Pl bp mengambil semua, membolot: jgn ~ kat hang soqhang saja makanan tu / jangan membolot semua makanan itu
Kawar pencuri [sebutan: kawaq]
Kelepir; mengelepir mngetis atau mengibaskan jari (utk mencampakkan ulat dll), mengitai (tangan), kepir [sebutan: kelepiaq]
Kelmarin bp semalam
Keloloh Pn kurang sopan atau tertib (kelakuan atau perkataan), tidak senonoh [sebutan: kelolo]
Kelui My panggil ; 'alat kelui'=sj alat spt telefon bimbit yg hanya boleh digunakan untuk membaca mesej khidmat pesanan ringkas (sms) [sebutan: keloi]
Kendik; berkendik-kendik berjalan terhenjut-henjut (spt orang yg memikul air) [sebutan: kendeyk]
Kepuh reban ayam [sebutan: kepoh]
Kerabat Kl Tr panjat [sebutan: qhabat]
Kerau keras kerana belum masak betul (berkenaan buah): buah ni ~ lagi la / buah ini masih keras kerana belum masak betul [sebutan: keqhau]
Kerawat kawat berduri [sebutan: keqhawat]
Kerekau cari, hendak mendapat [sebutan: qhekau]
Kerenjok lima *perkataan ini amat jarang digunakan, telah bersifat kuno [sebutan: qhenjok]
Kerosék Pl cari [sebutan: qhosék, qhosét]
Kersau Pn keriting [sebutan: qhesau]
Kerubung Pr sj bekas tempat menyimpan padi (dibuat drpd tikar dan buluh); 'kerubung padi'=sj tumbuhan (rumput), rumput mentebung, rumput pahit, rumput rotan beras, Cyrtococcum Oxyphyllum [sebutan: qhubong]
Kerunas kopek (cubit dll) sedikit-sedikit (spt orang mencubit kuih atau mengeropeng kudis) [sebutan: qhunayh]
Kerusut Pn kusut [sebutan: qhusut]
Keruyup Pn kuyup [sebutan: qhuyup]
Ketéla betik, kepaya ; 'ketéla kayu'=ubi kayu, singkung ; 'ubi ketéla'=ubi keledek
Ketenun mentadak, mentadu
Ketumbit Pr bintil atau tembel (pada mata) [sebutan: ketumbeit]
Koi I makin ; 'koi-koi'=perlahan-lahan, hati-hati: ~ lama, koi baguih / makin lama, makin bagus: bawak qheta tu koi-koi la / pandu kereta dgn berhati-hati
Koi II 'tanah koi'=tanah yg keras
Kuap; cengkih kuap terjengket-jengket, capik (spt jalan orang yg luka kakinya) [sebutan: cengkeyh kuap]
Kucai Pn kacau, ganggu
Kudal sgt kotor, sempedal [sebutan: kudai]
Kung 1. Kl kayu (gading-gading) yg melengkung sebagai rangka rusuk perahu 2. Pl tanda pangkat yg berbentuk huruf V dlm tentera atau polis 3. lingkaran drpd besi tempat melekap tayar, roda, lereng: ~ basikal
Kut, kot Pn Pl My bp agaknya, barangkali, mungkin

Tiada ulasan: