Rabu, November 07, 2007

A

Acar=acaran My Br tempat membuang kotoran dapur, limbah ; ‘air acar’=air longkang (yg berwarna hitam) [sebutan: acaq]

Aci; aci lut main sembunyi (sj permainan kanak-kanak), cekup puyuh

Aci lut at-at, aci lut kucing lompat,

Nesta-nesti, Pak Ali tukang cat,

Bulu kucing, Pak Ali jilat.

Acum adu (oleh kanak-kanak): tu dia nak pi meng~ kat mak la tu / dia mesti nak pergi mengadu kepada ibu tu [sebutan: acom]

Akas hidup semula: dia macam oqhang yang mati ~ lepayh kejadian tu / dia seperti orang yang mati hidup semula selepas kejadian itu ; ‘balik akas’=kembali hidup [sebutan: akayh]

Alap; mengalap Jw mengambil (mengait, menjolok) buah-buahan dgn galah yang memakai pisau atau kait di hujungnya

Angkak; terangkak-angkak Pn angkuh, congkah, pongah: dia ~ mengkala dapat jadi pengawayh sekolah / dia berasa angkuh apabila dilantik menjadi pengawas sekolah

Asuk pasangan menari [sebutan: asok]

Atui Pn atau

Aum borong semua: habeyh baqhang dia ~ satu kedai / semua barang di kedai habis diborongnya

Awat mengapa, apa pasal: ~ hang tak mai kemaqhen? / mengapa kau tidak datang semalam?

Tiada ulasan: