Rabu, November 07, 2007

B

Badik I Pl putik [sebutan: badeyk]

Badik II; membadik Pl menyepak bola dari belakang: tera dia ~ / dia cekap menyepak bola dari belakang [sebutan: membadeyk]

Bahau Pl makan

Bahawa Pl ingin

Bakai awal, permulaan, pertama (perbuatan dll); ‘mandi bakai’=mandi dgn membasuhkan kaki dahulu dan sedikit demi sedikit naik ke atas hingga basah seluruh badan

Bakim; susu bakim Pr susu yg sudah basi

Balas Pl curi [sebutan: balayh]

Baloi My 1. seimbang, sepadan: upah yg dia bagi, tak ~ dgn qheja yg hang buat / upah yg diberinya tidak sepadan dgn kerja yg kau lakukan 2. balasan (yg setimpal), béla

Baluk malas ; ‘baluk liat’=pemalas [sebutan: baloq, baloq liat]

Balur jalur bekas dipukul: penuh ~ belakang badan dia kena qhotan dgn pak sebab ketegaq / belakang badannya penuh dengan jalur akibat dirotan ayah kerana kedegilannya [sebutan: baloq]

Bambun cerpelai

Banat 1. hulu, pedalaman, udik: daqhi ~ mana hang mai? / kau datang dari hulu mana? 2. hutan yg tidak dimasuki orang atau belum diterokai, hutan dara ; ‘hutan banat’=belantara

Banduk pemalu [sebutan: bandok]

Bang memasang telinga, mendengar (percakapan yg tidak sepatutnya didengar): hang suka sangat ~ mengkala kami nak bercakap / kau suka sangat memasang telinga apabila kami hendak berbual

Bangsat mengembara, merantau: depa tu beqhangan nak pi ~ seluqhoh dunia / mereka itu berangan hendak pergi mengembara ke seluruh dunia

Bantut Pl ikan bakar (yg dimasukkan rempah-ratus) [sebutan: bantot]

Ban; batas ban tanah yg ditambak (tempat berjalan) *selalunya dikaitkan dgn jalan satu lorong di sawah padi [sebutan: batayh ban]

Batat Pl tidak mahu empuk, tidak mahu gembur: nasik tu daqhi tadi asyek ~ / nasi itu tidak mahu empuk dari tadi

Bebal (berasa) tidak puas hati [sebutan: bebai]

Belahak (ber)sendawa

Belebau pukul

Beleduh geleduh, besar pada pandangan mata [sebutan: beledoh]

Belemus kotor (berkaitan pakaian, mulut dll): hang makan macam mana? ~ habeyh mulut / bagaimana caranya kamu makan, kotor habis mulut [sebutan: belemoeyh]

Belencéh giat, rajin

Beluh; membeluh Kl menenggala, membajak [sebutan: membeloh]

Belung besar dibandingkan dengan umurnya, lekas besar: anak hang ~ betoi banding dgn anak aku / anak kau berbadan besar jika dibandingkan dgn anakku walaupun umur mereka sama

Beluting Pl Pn kotor

Berenuak Pl banyak [sebutan: bqhenuak]

Bertuh Pn berlaga, berlanggar, bersentuh: ~ bahu / berlaga bahu [sebutan: bqhetoh]

Bok Jh tilam

Bungkin tertimbun [sebutan: bungkeyn]

Tiada ulasan: