Rabu, November 07, 2007

C

Cabai Id My cili
Calai; mencalai berlari (binatang): kucing tu ~ meqhata / kucing itu berlari ke sana, ke mari
Calat Pl Pr habis: dia makan nasik sampai ~ / habis nasi dimakannya
Cangak Pl cucuk rambut, pin rambut
Caroi bp idak pekat [sebutan: caqhoy]
Cedas Kl 1. cepat, cergas, segera 2. segar, sihat [sebutan: cedayh]
Cek Pn 1. saya (dipakai oleh orang yg lebih muda apabila bercakap dgn orang yg lebih tua) 2. awak, engkau, kamu (dipakai oleh orang tua apabila membahasakan orang muda atau kanak-kanak)
*contoh perbualan:-
orang tua: awat ~ tak mai kmaqhen? / mengapa kamu tidak datang semalam?
orang muda: maaf, ~ lupa la / maaf, saya terlupa
Celadang bakul bersegi empat (tempat padi)
Celapak, celapat cepat-cepat, lekas-lekas, (dgn) segera: kawaq tu ~ masuk qhumah Pak Ali / pencuri itu memecah masuk rumah Pak Ali dgn segera
Cénggéh tenggek
Cengkerawang tidak beraturan (keruan), tinggi rendah
Cenuk; minyak cenuk minyak yg diperoleh drpd pohon tengkawung, minyak kawang
Cenuram My suram, lurah (lereng bukit dll yg curam) [sebutan: cenuqham]
Cering bp malu *digunakan oleh pihak pertama utk menyidir pihak kedua, jika digunakan pihak pertama, perkataannya tetap 'malu' [sebutan: ceqhing]
Cerot Pn seruan menyuruh gajah memasukkan kakinya ke dlm sengkela ( pasung) [sebutan: ceqhot]
Céwi KL Pl suka menunjuk-nunjuk, suka menggaya (memakai pakaian yg cantik-cantik dll): mulala dia nak ~ dgn baju baqhu dia tu / dia nak menunjuk-nunjuk dgn baju baru dialah tu
Ci seruan utk memanggil gajah
Cok bp kemaluan anak lelaki
Com muka masam, rosyom, monyok
Cop sj alat untuk menggali tanah
Cotet, secotet sedikit shj: ~ saja siput yg hang bawak mai / sedikit sahaja siput yg kau bawa kemari
Culin; seculin Pl sedikit, cotet

Tiada ulasan: