Rabu, November 07, 2007

D

Dahagi Pl degil
Dahanam Kl bunyi yg kuat, bergempa ; 'berdahanam'=berbunyi dgn kuat
Dahuk terlalu ingin akan hak orang lain *Perkataan ini menggambarkan sifat seseorang yg lebih buruk dari tamak atau haloba [sebutan: daok]
Dajat ejek, perli, usik
Dam Pl ganja
Dan bp sempat
Darai pondan, ponen, banci, kedi, papak [sebutan: daqhai]
Das menghalang (menahan) kaki orang supaya jatuh dgn menggunakan kaki sendiri: nakai betoi dia tu, ~ kaki oqhang / Dia itu sangat nakal, menahan kaki orang sehingga orang itu jatuh [sebutan: dayh]
Dekak Pl pandai, bernasib baik
Demah tumbuh
Déngkét Pl berjalan dgn sebelah kaki
Dépa Pl Pn mereka
Depuk Pl sudip nasi, penggembur nasi [sebutan: depok]
Desiun Pl laju (kereta, basikal dll) [sebutan: desun]
Don; buat don buat acuh tak acuh: aku suquh hang buat qheja, hang buat ~ saja / aku suruh kau buat kerja, kau buat acuh tak acuh
Duit Pr Pn sen (bagi unit satu hingga sembilan dan angka belasan kerana 10 sen disebut sekupang): 2 kupang 5 ~ / 25 sen

Tiada ulasan: