ﻜﺎﻤﻮﺲ ﺪﻴﺎﻠﻴﻖ ﻤﻼﻴﻮ ﻘﺪﺡ
Selamat Datang! Anda kini sedang mengakses kamus dialek Melayu-Kedah dalam talian yang pertama di dunia. Sila ambil perhatian berkenaan Panduan Pengguna sebelum menggunakan kamus ini.
Panduan Pengguna
Setiap perkataan yang terdapat di dalam kamus ini adalah perkataan-perkataan yang berasal dari dialek Melayu-Kedah sendiri. Sesetengah daripadanya turut digunakan oleh dialek Melayu yang lainnya seperti Kelantan, Terengganu, Pahang, Perak, Johor, dan
Perkataan yang tidak terdapat di dalam kamus ini adalah perkataan Melayu piawai yang diubahsuai menjadi bahasa percakapan orang Melayu Kedah. Contohnya, 'besar'=besaq, 'bibir'=bibiaq, 'pupus'=pupuih dan sebagainya. Oleh itu, perkataan-perkataan selain yang terdapat di dalam kamus ini adalah sama seperti bahasa Melayu piawai secara umumnya, walaupun terdapat perbezaan dari segi sebutan dan intonasi.
Perkataan yang tidak disertakan sebutannya di dalam kamus ini mempunyai sebutan yang sama seperti perkataan tersebut.
Berikut ialah kependekan nama bahasa dan dialek yang menggunakan perkataan yang sama seperti dialek Melayu-Kedah. Perkataan yang diambil sebagai bahasa Kedah adalah dari bahasa Arab dan Jawa manakala bagi dialek Brunei, Johor, Kelantan, Pahang, Perlis, Pulau Pinang, Perak, dan Terengganu pula, dialek Melayu-Kedah diambil sebagai perkataan dalam dialek-dialek tersebut. Begitu juga halnya dengan bahasa Indonesia dan bahasa
Ar-Arab
Br-Brunei
Id-Indonesia
Jh-Johor
Jw-Jawa
Kl-Kelantan
My-Malaysia
Ph-Pahang
Pl-Perlis
Pn-Pulau Pinang
Pr-Perak
Tr-Terengganu
Kependekan lain yang digunakan adalah seperti berikut:
dgn-dengan
shj-sahaja
utk-untuk
yg-yang
Carian Huruf
Tiada ulasan:
Catat Ulasan